Hidup aku tak semudah yang orang lihat, tak seindah yang orang dengar. Ada yang cemburu dan ada yang mengata di belakangku. Aku tak pernah ambil peduli. Aku tak hidup dan mati atas cakap-cakap orang. Tapi aku akan menangis setiap kali aku tersentuh kerana kebaikan orang apatah lagi apabila aku disakiti.
Bukan mudah menjadi seorang IRA. Tak usah cemburu dengan apa yang aku ada kerana aku hidup dalam kepayahan yang orang lain tak sanggup lalui. Percayalah...
Namun begitu, aku amat berterima kasih kepada Tuhan atas kasih sayang ini. Juga terima kasih atas ketulusan mereka yang menyayangi aku dan menerima aku seadanya.
No comments:
Post a Comment