Ada waktunya rasa yang terpendam perlu diluah. Namun andai telinga yang mendengar salah menafsir, hati yang luka semakin dalam lukanya.
Pabila diluah rasa yang terpendam, bukan niat mahu mengungkit apatah lagi meminta balasan. Namun jika telinga yang mendengar mempersoalkan keikhlasan, hati yang luka semakin perit lukanya.
Tiada daya lagi mahu mengungkapkan segala andai rasa ini salah belaka. Mungkin lebih baik mengunci bicara, biar lara bersarang di dada.
Tuhan...luka ini terlalu sakit namun berikan aku lebih kekuatan untuk menghadapi hari-hari esok. Limpahkan aku dengan kasih sayang sesama insan. Kurniakan aku hati dan jiwa yang tenang agar aku bisa meneruskan amanah-Mu.
No comments:
Post a Comment