Saturday, May 21, 2011

Aku Manusia Yang Disayangi

     Hidup ini tak akan pernah sunyi daripada ujian. Dan bagi aku sendiri... setiap kali ditimpa ujian, tidak mudah untuk aku bertahan dan terus kuat menghadapinya. Sampai aku rasa seolah-olah the whole world befalls upon me. Sampai rasa nak putus nyawa dengan hidup yang tunggang terbalik. Kemuncaknya sampai aku rasa, I hate life! I want to die, immediately! Pada saat itulah aku memerlukan segala basic life supports, iaitu manusia-manusia yang hampir dengan aku. But it didn't happen. Not yet happen maybe. It was always me who went to the wrong person and asked the wrong thing at the wrong time.
     Sering aku bertanya, apakah salahku sehingga aku diperlakukan begini. Ibarat aku ini binatang jalang dari kumpulan yang terbuang. Ada masanya aku bagai hilang pertimbangan dek memendam perasaan. Sakit dilukakan lebih perit daripada menanggung sakit yang sekian lama bersarang di tubuh. Apabila diluahkan, aku dikatakan mengungkit dan tidak ikhlas. Apabila meminta, aku dikatakan keterlaluan dan mengharapkan balasan. Adakah aku hanya perlu berdiam diri dan menerima semuanya?

Kepada hamba-hamba Allah yang berjanji - yang aku tagihkan ialah janji-janji kalian, bukan hak aku semata-mata. Janji yang kalian sering mungkiri itu, sebahagiannya adalah milik hamba Allah yang lain. Aku pernah berkata untuk menghalalkannya apabila aku berputus asa menuntutnya namun selagi aku masih bernyawa, menjadi kewajipan kalian untuk menunaikan segala yang kalian janjikan meskipun tidak dituntut.
Kepada hamba-hamba Allah yang pernah menerima - adakah kalian memandang nilai rezeki Allah itu melebihi nilai persahabatan dan persaudaraan yang aku hulurkan? Rezeki Allah yang aku kongsikan itu, pada kebanyakan masanya mengambil sebahagian daripada kelangsungan hidup aku sendiri. Tidak perlu aku katakan segala yang aku lakukan untuk kalian. Aku merelakannya kerana bukankah kewajipan menolong saudara-saudara seiman itu dimulai dengan yang terdekat lebih dahulu. Kalian sentiasa dekat denganku walaupun pada zahirnya kalian semakin jauh. Walaupun kalian sering membuatkan aku berkecil hati baik dengan kata-kata mahupun perlakuan namun kalian tetap ada ruang dalam hidup aku.
Kepada hamba-hamba Allah yang tidak pernah berhenti 'mengganggu' - permintaanku tetap sama. Usah diganggu gugat ketenangan insan lain kerana dia tidak selayaknya menerima akibat daripada kebencian kalian terhadap diriku. Dan aku sendiri tidak pernah menyimpan rasa benci terhadap kalian. Berpijaklah di bumi nyata. Hate is too great a burden to bear. It injures the hater more than it injures the hated.

     Aku bukanlah sebaik-baik manusia. Aku manusia yang penuh khilaf. Aku manusia yang mudah tersentuh hatinya. Aku manusia yang cuba menjadi kuat dan tidak terlalu meminta-minta. Namun aku tahu, aku hamba yang disayangi-Nya kerana diberi ujian demi ujian. Have faith...

No comments: