Sebaik membuka mata, hati berbisik: Aku bukan satu-satunya!
Benar kata abang suatu masa dahulu.
Tak akan ada sesiapa yang dapat memahami keperitan yang aku tanggung melainkan mereka yang senasib denganku.
Tak akan ada sesiapa yang dapat terus bersabar apabila emosi menguasai diri ini. Mereka akan menjauh dan seboleh mungkin tidak ingin mendekati.
Tak mengapalah.
Dan untuk mereka yang pada mereka masih ada ‘hak’ku yang masih perlu kalian jelaskan, terpulanglah kepada kalian untuk melakukan apa-apa saja semahu kalian. Jelas sekali aku tidak berhak untuk bersuara apatah lagi bertanya apa-apa.
Sakit diperlakukan sewenang-wenangnya ternyata lebih sakit daripada sakit yang sedia ada. Setiap titisan darah yang mengalir ibarat lelehan darah daripada luka yang tak nampak di mata.
Hari ini aku bangkit daripada kesakitan semalam. Terkapa-kapa mencari secebis kekuatan. Bersahaja bagai tiada apa-apa yang berlaku walhal sakitnya Tuhan saja yang tahu.
Semoga Tuhan memberi kekuatan untuk aku melalui hari ini.
Mungkin lebih baik aku pergi agar aku tidak terus melukakan hati sesiapa lagi. Mungkin aku tidak akan kembali lagi kerana kesakitan ini terlalu mencengkam. Hati aku kuat mengatakan bahawa aku tidak diperlukan lagi. Tetapi akan aku tunaikan janji itu semampunya. Hati ini juga kuat merasakan tiada sesiapa pun akan peduli bila aku telah tiada.
No comments:
Post a Comment