Saturday, January 28, 2012

Pasrah dan Redha

Hayat aku nilainya tiada;
hidup mereka biar terjaga.
Hatiku terluka tidak mengapa;
susah mereka tetap ku cakna.
Detik berbaki  ku luang bersama;
masa emas mereka usah diminta.
Tingkah dan bicaraku salah belaka;
hanya mereka serba sempurna.
Rajuk dan tangis tiada makna;
kasih ini nyawa taruhannya.

Sudah berkali-kali aku cuba menidakkan kata-kata yang pernah keluar dari mulut abang suatu masa dahulu. Ternyata dia benar. Kenyataan itu kian terserlah.
Tangan yang aku hulur tidak bersambut. Suara yang aku lantunkan terbiar sepi.
Siapalah aku dalam hidup mereka. Silap aku juga kerana meminta pada yang tak sudi, merayu pada yang tak peduli.
Aku pasrah dan redha andai inilah takdir DIA untukku. 

Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments: