I visited him this morning. I never forget to visit him but
today I really need to talk to someone. It’s better to talk to someone whom I know
will never respond to me rather than to talk to someone who is alive but not
listening.
Sememangnya aku tidak ada sesuatu yang besar atau istimewa untuk
dikongsikan. Sekadar perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Anekdot
suka dan duka. Yang pastinya, cerita aku tidak sepenting mana. Menarik, jauh
sekali. Memang hidup aku tiada apa-apa untuk dibanggakan. Impian aku terlalu
kecil jika dibandingkan dengan mereka. Justeru, aku berasa terlalu kerdil
apabila berada dalam kalangan mereka. Langsung aku faham apabila mereka tidak
pernah mahu mendengar kerana ada yang lebih besar untuk dikejar. Ada yang lebih
bermanfaat untuk diladeni. Apa dikisah aku yang tak punya apa-apa ini.
Sebenarnya aku lebih banyak menangis daripada berkata-kata.
Sebak. Berjauh hati.
I left. Deep wounded, still.
Published with Blogger-droid v1.6.7
Published with Blogger-droid v1.6.7
No comments:
Post a Comment