Ada waktunya kita terlalu percaya sampai kita terlupa bukan semua yang kita percaya itu boleh dipercayai...
Kasih Sayang Milik Semua
Aku lihat ke dalam mata, hati dan jiwaku... di situ ada cinta, di situ ada kasih dan di situ ada sayang...
Saturday, July 5, 2014
Thursday, June 19, 2014
;-(
It's sad when you have good news but you don't have anyone to share it.
It's super duper sad when the only people that you thought care about what happen in your life just ignore it.
Saturday, June 7, 2014
Anjing Kurap Yang Hina
Came across this quote while browsing Facebook.
Ya...tidak semua orang suka melihat kebahagiaan kita dan tidak semua orang simpati dengan kesedihan kita. Namun, adakah kita menghargai mereka yang suka melihat kebahagiaan kita dan simpati dengan kesedihan kita? Adakah kita peduli tentang mereka seperti mana mereka peduli tentang kita? Atau kita melayan mereka bena tak bena tanpa mempedulikan perasaan mereka apabila mereka tidak diperlukan? Atau kita memandang hina terhadap mereka seperti anjing kurap yang menjijikkan dan melupakan kebaikan mereka hanya kerana satu kesilapan yang mereka lakukan?
Wednesday, April 23, 2014
Antara Hujan dan Air Mata
Lagi berita daripada radio karat…
“Akk xwish bday ank abh? Abh da wish pg2 agi. Akk dlu ade
abh wish pg2 ker? Huhuhu…xlamer lg abh kuar bmw taw. T akk mkn asp jew la tkt
pki gen2. Akk da xbukak fb kn? Cer tgk
nih [disertakan print screen FB sebuah kereta mewah dan komen-komennya].”
Bro, cukup-cukuplah mengingatkan aku tentang kisah lama yang
melukakan hati. Tidak perlu sampaikan perkara yang tidak ada kena-mengena dengan
aku. Aku juga hampir setiap hari bekerja siang malam sehingga menjelang subuh untuk mencari rezeki
seperti mereka. Bezanya, aku tidak memberitahu seluruh dunia dan aku tidak pernah tertarik dengan material yang menjadi simbol kemegahan mereka. Juga,
jangan andaikan setiap daripada mereka ingin bermegah. Ada yang sekadar mengambil
hati sifu yang memberikan ilmu. Perlu jadi hamba yang setia dan menurut kata walaupun kadangkala terpaksa bersikap hipokrit dan mengorbankan prinsip. Bukan sekadar berjemaah membuat duit tapi berjemaah
mengiyakan kata-kata sifu dan menyokong ahli jemaah yang lain walaupun ada
masanya bertentangan dengan kehendak sendiri.
Kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu
menguak. Masuk kandang harimau pastilah kena mengaum sama.
Memang aku rasa terganggu kerana seboleh-bolehnya aku tidak
mahu lagi mengambil tahu apa-apapun tentang mereka. Dengan diam dan menjauhkan
diri secara tersiratnya mereka telah memberi isyarat bahawa aku tidak ‘sekufu’
dengan mereka. Aku tahu aku tidak layak untuk terus berada dalam hidup mereka. Mungkin ada
yang sudah memadamkan nomborku dalam memori telefon mereka dan mungkin ada yang
sudah lupa arah ke rumahku. Mungkin mereka ingin menunjukkan bahawa mereka
lebih aman dan bahagia hidup tanpa aku. Air mata tidak pernah berhenti mengalir tatkala mengenangkan apa yang berlaku. Busuk sangatkah hati aku sehingga dianggap hendak menyekat rezeki orang. Jahat sangatkah diri ini sehingga berjumpa denganku atau berhubung denganku boleh menghilangkan rezeki. Kalau begitu, pergilah jauh-jauh dariku.
Kalau sudah tahu peritnya hidup dihina seperti anjing, kenapa
perlu menghukum dan menyiksa hidup orang lain dengan melayannya seperti anjing
juga. Walaupun aku dilayan sedemikian rupa namun aku tidak putus-putus berdoa
dan akan terus berdoa semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki serta sentiasa
dalam lindungan-Nya. Semoga dipermudahkan semua urusan mereka. Semoga mereka tidak
hanya menjaga ukhwah dalam kalangan jemaah mereka mencari rezeki sekarang
tetapi turut menjaga ukhwah dengan sesiapa sahaja di luar jemaah termasuk individu-individu
yang pernah bersama-sama di saat jatuh bangun mereka sebelum ini. Semoga Allah membukakan hati mereka untuk tidak melupakan tanduk apabila sudah dapat gading bertuah.
Ya Allah...Kau tetapkanlah hatiku untuk menghalalkan segala-gala yang telah kuhalalkan. Meski hati ini sudah remuk redam, Kau peliharalah ia agar tidak dinodai dengan rasa benci dan dendam. Kau jauhilah aku daripada sifat dengki dan khianat. Suburkanlah kembali sifat memaafkan yang kian hilang serta kurniakan aku ketabahan dan kekuatan dalam menempuh ujian-Mu.
Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku...
Let's wipe the tears and go home!
Sunday, April 20, 2014
What I did...
6.20 PM
Reached office. Checked e-mails. Nothing important. Also no reply at all after the last text I sent at 8.57 PM last Friday. Fine then. Few hours to go. If still nothing after 48 hours, you won't hear from me anymore.
What I did for the last 2 days? Let the pictures say it.
Saturday morning...
Saturday afternoon until this afternoon...

Wednesday, April 16, 2014
Berita Radio Karat
"Akk taw ker dot dot dot da jd model fx. Tgk arr kt fb die tnjk wit 2000usd wo bkn 2000rm taw. Akk xmntk open table kew huhuhu".
Radio karat menyampaikan berita semasa aku dalam perjalanan ke utara. Kebetulan awal-awal pagi tadi aku ada meminta dipulangkan sejumlah kecil wang. Jangan dia fikir aku meminta kerana aku mendapat tahu tentang perkara tersebut sudahlah. Sememangnya aku tidak tahu apa-apa malah aku percaya apabila dia katakan modalnya kecil dan mana mungkin dia mendapat keuntungan besar. Semua yang diuar-uarkan di FB sekadar gimik pemasaran. Itu mungkin antara gimik seperti yang dikatakan. Kalau bukan gimik? Let it be then. Sudah rezeki dia. Aku bukan orangnya yang akan mempertikaikan rezeki orang lain. Selama ini yang aku minta bukanlah wang ringgit. Pencarian aku juga bukanlah kerana wang ringgit semata-mata.
P/S: By the way, tak payah minta belanja kalau tahu ada kawan-kawan dapat durian runtuh. Mereka sendiri tau siapa yang berhak merasa duit mereka. Kalau tak ada kena mengena atau tak menyumbang apa-apa tu baik diam-diam aje lah. Kau siapa orang nak belanja hah? :-)

Saturday, April 12, 2014
12 hours journey
00:01: Masih di pejabat menunggu jawapan yang tidak kunjung tiba.
00:48: Received text - [Just finish discussion. Will collect other day]
01:15: Dia menamatkan perbualan.
01:39: SMS terakhir aku kirimkan. Ketika ini sakit kian terasa malah makin bertambah oleh sikapnya.
02.17: Darah tak berhenti mengalir. Gagahkan diri memandu ke hospital.
03:09: Suntikan pertama.
07:26: Telefon mama. Terpaksa berbohong ada urusan kerja yang perlu diselesaikan segera. Tangguhkan untuk berjumpa mama & keluarga esok, InsyaAllah.
09:00: Suntikan keempat.
10:58: Terima bil berjumlah RM813.30. Tiada pilihan selain menggunakan kad kredit yang hampir mencecah had kredit.
12.03: Kembali ke pejabat mengambil satu lagi telefon bimbit yang tertinggal. Nothing from him. Tears started to fall.
Ira, wake up! You are nobody to him. Remember what his other half told you. You are just their option. Until now she never get back to you & answer your questions. And he keep taking you for granted.
I'll wait another 12 hours. If still nothing it's time to make a firm decision.

Subscribe to:
Posts (Atom)