Wednesday, April 16, 2014

Berita Radio Karat

"Akk taw ker dot dot dot da jd model fx. Tgk arr kt fb die tnjk wit 2000usd wo bkn 2000rm taw. Akk xmntk open table kew huhuhu".

Radio karat menyampaikan berita semasa aku dalam perjalanan ke utara. Kebetulan awal-awal pagi tadi aku ada meminta dipulangkan sejumlah kecil wang. Jangan dia fikir aku meminta kerana aku mendapat tahu tentang perkara tersebut sudahlah. Sememangnya aku tidak tahu apa-apa malah aku percaya apabila dia katakan modalnya kecil dan mana mungkin dia mendapat keuntungan besar. Semua yang diuar-uarkan di FB sekadar gimik pemasaran. Itu mungkin antara gimik seperti yang dikatakan. Kalau bukan gimik? Let it be then. Sudah rezeki dia. Aku bukan orangnya yang akan mempertikaikan rezeki orang lain. Selama ini yang aku minta bukanlah wang ringgit. Pencarian aku juga bukanlah kerana wang ringgit semata-mata.

P/S: By the way, tak payah minta belanja kalau tahu ada kawan-kawan dapat durian runtuh. Mereka sendiri tau siapa yang berhak merasa duit mereka. Kalau tak ada kena mengena atau tak menyumbang apa-apa tu baik diam-diam aje lah. Kau siapa orang nak belanja hah? :-)



No comments: