Friday, April 4, 2014

Where it's heading to?

Terima e-mel dan membalasnya tetapi masih banyak persoalan yang tidak terjawab dan tidak terungkai sehingga kini. Mungkin sedikit masa lagi akan terlerai dan mungkin juga segala-galanya akan tersimpul mati begitu sahaja.

Aku rasa tersisih bukan saja kebelakangan ini tapi sejak dulu. Banyak peristiwa yang berlaku namun sedaya upaya aku cuba mendekatkan diri terutamanya melalui anak-anak itu. Memang mengambil masa yang lama dan ada bermacam-macam perkara berlaku yang hampir mematahkan semangat aku untuk meneruskannya. Apabila aku sudah mula rasa dekat dan selesa, dugaan ini pula menimpa. Aku tidak pernah menuduh sesiapa terhegeh-hegeh atau campur tangan dalam hidup aku. Hanya kerana aku menolak untuk dibantu dalam perkara itu tidak bermakna aku tidak memerlukan apa-apa. Aku cuma kurang selesa disebabkan sebelum ini aku tidak pernah bercerita apa-apa tentang perkara yang satu itu. Berkali-kali aku tegaskan, aku akan minta sekiranya itu yang aku mahukan. Abaikanlah penolakan itu dan juruskan pada permintaan aku untuk menumpang kasih kalian terutama anak-anak itu. Mengapa menyisihkan diri hanya kerana aku menolak permintaan yang satu itu dan menganggap aku tidak memerlukan apa-apa. Ini bukan soal tidak tahu berkomunikasi dengan semua orang atau tidak tahu cara untuk membantu kawan-kawan. Ini juga bukan soal berpendidikan tinggi atau rendah. Bukan juga kerana tidak ada keistimewaan pada diri sendiri. Mengapa dibiarkan keadaan ini berlarutan begitu lama hanya kerana satu penolakan yang akhirnya menyebabkan banyak hati yang terluka. Mengapa memilih untuk menyisihkan diri daripada aku dengan diam. Siapa yang sebenarnya tersisih dan menyisihkan?

Hilangnya nama panggilan itu juga bersebab. Kenapa rasa sedih walhal bukan aku yang menghilangkannya. Acap kali nama panggilan itu dihilangkan dan digantikan dengan panggilan lain. Bagi aku itu satu petanda bahawa dekat yang baru dirapatkan itu kembali jauh dengan diamnya empunya diri. Walaupun katanya aku tidak pernah dihalang untuk berhubung dengan anak-anak itu tetapi aku tetap rasa terhalang oleh sikap diam yang tidak dapat aku tebak maksudnya. Memang ada yang menjadi perantara aku dengan anak-anak itu tetapi aku masih ada rasa hormat kepada induknya. Dalam hal ini tidak mungkin aku membelakangkan sesiapa. Aku menjauhkan diri apabila aku mentafsirkan diam itu sebagai tanda ‘tidak suka’.

You said you never expect things will become this worst. All this happened maybe because you trust your friends very much. I don’t know what is your friend’s contributions that make things this worst. But I take it as you listened to them and you believed them. You also said I’m uncomfortable with you because I don’t trust you. That is the reason you let him be the middle person between me and the kids. It’s a yes and no. Rasa tidak selesa itu timbul bukan kerana aku tidak percaya. Awal-awal dulu sudah ada rasa janggal. Antara lain sebabnya ialah jarang berjumpa dan komunikasi sangat terhad. In addition to that, I’m not the kind who can easily open up. For years I put so much effort making a move to make myself comfortable & getting closer to you. Baru sekarang rasa tidak percaya menimbulkan rasa tidak selesa. Bukan dari dulu lagi. I started not to trust you when I knew you have been reading my messages. I believe you decided to give me a silent treatment after you read one of my messages. I also believe that you didn’t get what I actually wanted to say and you thought I’m blaming you.

From what you wrote to me, I knew you not only read my messages but my friends’ messages too. I’m so sorry for what had had my friends did. Yang pastinya aku tidak pernah meminta my so called friends mengganggu hidup sesiapa pun. Apa tujuan mereka dan apa mereka mahu hanya mereka yang tahu. Aku tidak pernah memburuk-burukkan sesiapapun pada kawan-kawan aku atau whoever. Disebabkan hal ini juga, hubungan aku dengan kawan-kawan aku agak renggang sebab aku tidak pernah bersetuju dengan apa yang mereka lakukan.

You only read part of my messages and unfortunately you misunderstood many things about me. If you read all my messages then you will know how much I wanna help both of you in any way I can. Aku bukan salah seorang daripada mereka yang mempertikaikan soal mencari rezeki. Understood what you meant with your huge commitment and also his. Look like I’m taking much of his time with irrelevant things. My bad then. I’m gonna try not to ask too much or get to know everything too much. He also may not want me to know much. If he has time for me, he is. If he doesn’t, I shouldn’t ask. Understood how much you want him to spend his limited time left just for you and your kids, not for someone or something else. My friends shouldn’t demand his attention for me. So do I.

You said, hidup kita hanya kita yang tahu. Orang sekeliling tak ambil kisah dan tak peduli. Masing-masing struggle untuk hidup. Yeah…I definitely agree with you. I just wanna say, bukan semua orang tak ambil kisah dan tak peduli kesusahan hidup orang lain. Apa yang sering berlaku, we forgot to appreciate this few who cares. Finally, I won’t break this silence of yours or venture beyond your comfort zone. No worries, I will take care of myself as you want me to.

No comments: