If the debtor is in a difficulty, grant him time Till it is easy for him to repay. But if you remit it by way of charity, that is best for you if you only knew.
[Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya. Dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).]
Al-Baqarah: 280.
Besar pahalanya jika menyedekahkan hutang. Namun ikhlaskah hati ini untuk bersedekah jika mengetahui bahawa si penghutang sebenarnya mampu untuk melunaskannya tetapi berlengah-lengah dan mengutamakan kehendak serta keperluan diri sendiri.
Tegakah hati melihat si penghutang menghamburkan wang untuk membeli kereta dan aksesori, membeli telefon bimbit baharu yang serba canggih, berlibur dan berhibur serta membelanjakan wang seenaknya.
Hampir setiap kali janji ditagih, pelbagai alasan diberikan sehingga aku sendiri yang malu untuk terus meminta-minta. Sepasang telinga ini seakan sudah lali mendengar alasan 'tiada wang' atau 'tidak cukup wang'. Mereka pinta aku mengerti kesulitan yang dialami namun tiada langsung usaha mereka untuk mengada dan mencukupkannya. Sekadar cakap-cakap kosong yang tiada konotasinya.
Apakah mereka fikir aku hidup dengan wang yang turun dari langit? Apakah mereka fikir aku sebatang kara yang boleh saja hidup seadanya?
Tidakkah mereka fikir, ada insan lain yang lebih memerlukan...
No comments:
Post a Comment