There is always something to do. There are hungry people to feed, naked people to clothe, sick people to comfort and make well. And while I don't expect you to save the world I do think it's not asking too much for you to love those with whom you sleep, share the happiness of those whom you call friend, engage those among you who are visionary and remove from your live those who offer you depression, despair and disrespect. ~Nikki Giovanni~
Selepas treatment aku meluangkan masa dengan Hannah. Meskipun agak letih aku menggagahkan diri menemaninya sehingga Kak Sarah datang petang nanti. We had a great time together sharing about many things including The Breaking Silence, a book about cancer survivor. This is how I know about Nikki Giovanni.
Apabila melihat Hannah, aku bersyukur kerana aku masih berupaya menguruskan diri sendiri. Aku masih mampu melakukan banyak perkara yang aku inginkan meskipun terpaksa bertarung dengan kesakitan. Mengharung hidup seorang diri kadangkala menjadikan aku seorang yang degil dan keras hati dalam sesetengah perkara.
Makan minum kusediakan sendiri walaupun ada masanya hanya air yang menjadi pengalas perut tatkala aku langsung tidak berupaya untuk bergerak. Siapalah yang peduli sekiranya aku berlapar sekalipun. Usahkan mahu menolong, bertanya khabar pun tidak.
Bergerak ke sana sini juga memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Telinga ini sudah lali mendengar 'amaran' supaya tidak memandu terutamanya pada waktu malam apalagi untuk perjalanan jauh walaupun pada waktu siang. Namun, aku nekad mengambil risiko, Bagaimana aku mahu hidup jika berterusan bergantung kepada orang lain. Walaupun ada yang memahami tetapi mereka juga ada batasnya untuk membantu.
Di sebalik sikap degil dan keras hati ini, sesungguhnya aku seorang yang lemah. Pantang tercuit, hati akan tersentuh. Aku sedar, adat menumpang kasih perlu tahu membawa diri. Lalu luka kurawat sendiri. Rajuk kupujuk dalam diam. Berilah segala yang dimahu, meminta-minta jangan sekali. Namun, dalam khilaf, aku meminta-minta juga. Tanpa sedar, aku juga mengharap. Akhirnya, diri sendiri yang menanggung sakitnya.
Terlalu banyak yang perlu disimpan dalam hati. Jika diluahkan kelak ada yang salah faham. Hidup sendirian juga mengajar aku menutup hati pada perasaan yang dinamakan cinta.
Sepanjang minggu ini, beberapa tanggungjawab perlu dilunaskan. Hujung minggu kelak, entah bagaimana percaturannya. Walau diri ini amat memerlukan pertolongan namun hati berat untuk menyatakannya. Let it be. The good old days are over. There is a reason why people don't stay where they are and who they are.
No comments:
Post a Comment