Saturday, December 24, 2011

A Life Portrait


I’m tired of trying and I’m sick of crying. Yeah…you can see I’m smiling but deep inside I’m dying.
Ketara benar, kebelakangan ini cakapnya banyak yang sinis. Masih mahu mendengar tapi dipilih-pilih. Makin berkira dengan masa yang diluangkan. Datang dan perginya sesuka hati, tidak peduli ada perasaan yang terguris. Apabila aku luahkan, yang terguris semakin terhiris. Yang salahnya tetap aku. Ada-ada saja bicaraku yang disalahtafsirkan. Tidak pernah terlintas di hati ini mahu merendah-rendahkan zaujahnya yang solehah dan berpekerti mulia meskipun aku pernah dilukakan. Lantas aku semakin sedar di mana letaknya diri ini. Tak mungkin setara sementelah aku terlalu banyak kekurangannya sebagai seorang wanita. Walau sebanyak mana kebaikan yang aku lakukan, tempatnya tetap sama. Sampai masa kelak akan dibuang dan dilupakan. Tak mengapalah, kalau itu pengakhirannya nanti. Walau kadangkala aku rasa terlalu penat untuk meneruskan kehidupan dan memberikan yang terbaik tetapi aku harus terus bersabar. Biarlah aku beralah. Biarlah aku bersuara hanya untuk perkara-perkara yang mahu didengarnya. Tuhan…. Kau peliharalah lidah ini agar tidak terlanjur berkata-kata sehingga menyakitkan hati sesiapa. Kau peliharalah hati ini agar sentiasa dilimpahi kasih sayang. Cekalkanlah hati ini dalam menerima ketentuan-Mu atas jalan yang kupilih. Berilah aku kekuatan untuk terus tabah mengharungi perjalanan ini. Perjalanan yang aku sendiri tidak pasti di mana penghujungnya.
Life is all about making one choice after another. Connect those dots and see what kind of picture emerges: a portrait of a life.
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments: