Thursday, March 22, 2012

Hati Yang Selalu Diduga

Apabila kita selalu ingat pada seseorang, tentunya ada rasa dalam dada yang menyimpan sebuah cerita. Sama ada kita suka, kita benci, kita geram atau marah atau sebaliknya, yang penting ada cerita dan ada sebab kenapa kita selalu ingat pada seseorang.
Saya ingat awak selalu sebab awak dah jadi perkara penting dalam hidup saya. Saya dah cakap dulu, kita jangan mulakan tetapi entah ribut dari mana bertiup sampai kita tercampak di sini, sampai saya terperangkap, sampai awak terkurung dalam hati saya dan saya tidak mampu keluarkan awak dari hati saya.
Awak, saya tak mampu melupakan tanpa melukakan hati sendiri. Dan perkara luka melukai itulah yang paling saya takuti sekali. Saya tak mahu berhadapan dengan kelukaan lagi. Saya penat. Saya hanya mahu jadi Ira yang selalu happy dan saya sangat happy sejak awak hadir dalam hidup saya. Saya mahu jadi Ira awak dalam lena, dalam jaga, siang dan malam, dua puluh empat jam!
Saya perasan ada sesuatu yang tidak betul sedang berlaku. Saya tak mahu makan dan saya terpaksa makan sebab saya tak mahu sakit. Kenapa dengan saya ni?
Dah berbulan-bulan saya macam ni. Saya teringin nak makan macam-macam, tapi saya hilang selera bila makanan ada depan mata. Saya tengok makanan, saya nak muntah. Kalau tak makan, tak sakit tak apa tapi keadaan ini dah develop satu habit yang negatif. 
Entah....saya tak tahu apa dah jadi dengan diri saya ni!
At the same time, I will easily down, sensitive & freaky fragile.
Saya tak mahu sakit pukul 3 pagi sorang-sorang lagi sebab tak ada ubat yang boleh kill the pain on the spot unless doktor pengsankan saya lepas tu bagi painkiller yang buat saya lalok sampai sakit saya hilang. Lepas tu bila sedar saya jadi junkie sekejap, kepala ting tong.
Apakah semua ini ada kena mengena dengan perkara lain? Soal hati yang selalu diduga? 
Ini bukan saya - Ira yang tahu jaga diri.
Please stop torturing yourself, Ira! 
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments: