6.20 PM
Reached office. Checked e-mails. Nothing important. Also no reply at all after the last text I sent at 8.57 PM last Friday. Fine then. Few hours to go. If still nothing after 48 hours, you won't hear from me anymore.
What I did for the last 2 days? Let the pictures say it.
Saturday morning...
Saturday afternoon until this afternoon...
Aku lihat ke dalam mata, hati dan jiwaku... di situ ada cinta, di situ ada kasih dan di situ ada sayang...
Sunday, April 20, 2014
Wednesday, April 16, 2014
Berita Radio Karat
"Akk taw ker dot dot dot da jd model fx. Tgk arr kt fb die tnjk wit 2000usd wo bkn 2000rm taw. Akk xmntk open table kew huhuhu".
Radio karat menyampaikan berita semasa aku dalam perjalanan ke utara. Kebetulan awal-awal pagi tadi aku ada meminta dipulangkan sejumlah kecil wang. Jangan dia fikir aku meminta kerana aku mendapat tahu tentang perkara tersebut sudahlah. Sememangnya aku tidak tahu apa-apa malah aku percaya apabila dia katakan modalnya kecil dan mana mungkin dia mendapat keuntungan besar. Semua yang diuar-uarkan di FB sekadar gimik pemasaran. Itu mungkin antara gimik seperti yang dikatakan. Kalau bukan gimik? Let it be then. Sudah rezeki dia. Aku bukan orangnya yang akan mempertikaikan rezeki orang lain. Selama ini yang aku minta bukanlah wang ringgit. Pencarian aku juga bukanlah kerana wang ringgit semata-mata.
P/S: By the way, tak payah minta belanja kalau tahu ada kawan-kawan dapat durian runtuh. Mereka sendiri tau siapa yang berhak merasa duit mereka. Kalau tak ada kena mengena atau tak menyumbang apa-apa tu baik diam-diam aje lah. Kau siapa orang nak belanja hah? :-)
Radio karat menyampaikan berita semasa aku dalam perjalanan ke utara. Kebetulan awal-awal pagi tadi aku ada meminta dipulangkan sejumlah kecil wang. Jangan dia fikir aku meminta kerana aku mendapat tahu tentang perkara tersebut sudahlah. Sememangnya aku tidak tahu apa-apa malah aku percaya apabila dia katakan modalnya kecil dan mana mungkin dia mendapat keuntungan besar. Semua yang diuar-uarkan di FB sekadar gimik pemasaran. Itu mungkin antara gimik seperti yang dikatakan. Kalau bukan gimik? Let it be then. Sudah rezeki dia. Aku bukan orangnya yang akan mempertikaikan rezeki orang lain. Selama ini yang aku minta bukanlah wang ringgit. Pencarian aku juga bukanlah kerana wang ringgit semata-mata.
P/S: By the way, tak payah minta belanja kalau tahu ada kawan-kawan dapat durian runtuh. Mereka sendiri tau siapa yang berhak merasa duit mereka. Kalau tak ada kena mengena atau tak menyumbang apa-apa tu baik diam-diam aje lah. Kau siapa orang nak belanja hah? :-)
Saturday, April 12, 2014
12 hours journey
00:01: Masih di pejabat menunggu jawapan yang tidak kunjung tiba.
00:48: Received text - [Just finish discussion. Will collect other day]
01:15: Dia menamatkan perbualan.
01:39: SMS terakhir aku kirimkan. Ketika ini sakit kian terasa malah makin bertambah oleh sikapnya.
02.17: Darah tak berhenti mengalir. Gagahkan diri memandu ke hospital.
03:09: Suntikan pertama.
07:26: Telefon mama. Terpaksa berbohong ada urusan kerja yang perlu diselesaikan segera. Tangguhkan untuk berjumpa mama & keluarga esok, InsyaAllah.
09:00: Suntikan keempat.
10:58: Terima bil berjumlah RM813.30. Tiada pilihan selain menggunakan kad kredit yang hampir mencecah had kredit.
12.03: Kembali ke pejabat mengambil satu lagi telefon bimbit yang tertinggal. Nothing from him. Tears started to fall.
Ira, wake up! You are nobody to him. Remember what his other half told you. You are just their option. Until now she never get back to you & answer your questions. And he keep taking you for granted.
I'll wait another 12 hours. If still nothing it's time to make a firm decision.
00:48: Received text - [Just finish discussion. Will collect other day]
01:15: Dia menamatkan perbualan.
01:39: SMS terakhir aku kirimkan. Ketika ini sakit kian terasa malah makin bertambah oleh sikapnya.
02.17: Darah tak berhenti mengalir. Gagahkan diri memandu ke hospital.
03:09: Suntikan pertama.
07:26: Telefon mama. Terpaksa berbohong ada urusan kerja yang perlu diselesaikan segera. Tangguhkan untuk berjumpa mama & keluarga esok, InsyaAllah.
09:00: Suntikan keempat.
10:58: Terima bil berjumlah RM813.30. Tiada pilihan selain menggunakan kad kredit yang hampir mencecah had kredit.
12.03: Kembali ke pejabat mengambil satu lagi telefon bimbit yang tertinggal. Nothing from him. Tears started to fall.
Ira, wake up! You are nobody to him. Remember what his other half told you. You are just their option. Until now she never get back to you & answer your questions. And he keep taking you for granted.
I'll wait another 12 hours. If still nothing it's time to make a firm decision.
Friday, April 11, 2014
It's fine...
Dia riang ria menjamu selera aku menunggu macam tunggul. Agaknya 1 minit untuk menjawab pertanyaan aku terlalu berharga untuk dibazirkan. It's fine. Mereka itulah sandaran dia di kala susah dan senang. Bukan lagi aku yang sudah tidak punya apa-apa.
Friday, April 4, 2014
Where it's heading to?
Terima e-mel dan membalasnya tetapi masih banyak persoalan yang tidak terjawab dan tidak terungkai sehingga kini. Mungkin sedikit masa lagi akan terlerai dan mungkin juga segala-galanya akan tersimpul mati begitu sahaja.
Aku rasa tersisih bukan saja kebelakangan ini tapi sejak dulu. Banyak peristiwa yang berlaku namun sedaya upaya aku cuba mendekatkan diri terutamanya melalui anak-anak itu. Memang mengambil masa yang lama dan ada bermacam-macam perkara berlaku yang hampir mematahkan semangat aku untuk meneruskannya. Apabila aku sudah mula rasa dekat dan selesa, dugaan ini pula menimpa. Aku tidak pernah menuduh sesiapa terhegeh-hegeh atau campur tangan dalam hidup aku. Hanya kerana aku menolak untuk dibantu dalam perkara itu tidak bermakna aku tidak memerlukan apa-apa. Aku cuma kurang selesa disebabkan sebelum ini aku tidak pernah bercerita apa-apa tentang perkara yang satu itu. Berkali-kali aku tegaskan, aku akan minta sekiranya itu yang aku mahukan. Abaikanlah penolakan itu dan juruskan pada permintaan aku untuk menumpang kasih kalian terutama anak-anak itu. Mengapa menyisihkan diri hanya kerana aku menolak permintaan yang satu itu dan menganggap aku tidak memerlukan apa-apa. Ini bukan soal tidak tahu berkomunikasi dengan semua orang atau tidak tahu cara untuk membantu kawan-kawan. Ini juga bukan soal berpendidikan tinggi atau rendah. Bukan juga kerana tidak ada keistimewaan pada diri sendiri. Mengapa dibiarkan keadaan ini berlarutan begitu lama hanya kerana satu penolakan yang akhirnya menyebabkan banyak hati yang terluka. Mengapa memilih untuk menyisihkan diri daripada aku dengan diam. Siapa yang sebenarnya tersisih dan menyisihkan?
Hilangnya nama panggilan itu juga bersebab. Kenapa rasa sedih walhal bukan aku yang menghilangkannya. Acap kali nama panggilan itu dihilangkan dan digantikan dengan panggilan lain. Bagi aku itu satu petanda bahawa dekat yang baru dirapatkan itu kembali jauh dengan diamnya empunya diri. Walaupun katanya aku tidak pernah dihalang untuk berhubung dengan anak-anak itu tetapi aku tetap rasa terhalang oleh sikap diam yang tidak dapat aku tebak maksudnya. Memang ada yang menjadi perantara aku dengan anak-anak itu tetapi aku masih ada rasa hormat kepada induknya. Dalam hal ini tidak mungkin aku membelakangkan sesiapa. Aku menjauhkan diri apabila aku mentafsirkan diam itu sebagai tanda ‘tidak suka’.
You said you never expect things will become this worst. All this happened maybe because you trust your friends very much. I don’t know what is your friend’s contributions that make things this worst. But I take it as you listened to them and you believed them. You also said I’m uncomfortable with you because I don’t trust you. That is the reason you let him be the middle person between me and the kids. It’s a yes and no. Rasa tidak selesa itu timbul bukan kerana aku tidak percaya. Awal-awal dulu sudah ada rasa janggal. Antara lain sebabnya ialah jarang berjumpa dan komunikasi sangat terhad. In addition to that, I’m not the kind who can easily open up. For years I put so much effort making a move to make myself comfortable & getting closer to you. Baru sekarang rasa tidak percaya menimbulkan rasa tidak selesa. Bukan dari dulu lagi. I started not to trust you when I knew you have been reading my messages. I believe you decided to give me a silent treatment after you read one of my messages. I also believe that you didn’t get what I actually wanted to say and you thought I’m blaming you.
From what you wrote to me, I knew you not only read my messages but my friends’ messages too. I’m so sorry for what had had my friends did. Yang pastinya aku tidak pernah meminta my so called friends mengganggu hidup sesiapa pun. Apa tujuan mereka dan apa mereka mahu hanya mereka yang tahu. Aku tidak pernah memburuk-burukkan sesiapapun pada kawan-kawan aku atau whoever. Disebabkan hal ini juga, hubungan aku dengan kawan-kawan aku agak renggang sebab aku tidak pernah bersetuju dengan apa yang mereka lakukan.
You only read part of my messages and unfortunately you misunderstood many things about me. If you read all my messages then you will know how much I wanna help both of you in any way I can. Aku bukan salah seorang daripada mereka yang mempertikaikan soal mencari rezeki. Understood what you meant with your huge commitment and also his. Look like I’m taking much of his time with irrelevant things. My bad then. I’m gonna try not to ask too much or get to know everything too much. He also may not want me to know much. If he has time for me, he is. If he doesn’t, I shouldn’t ask. Understood how much you want him to spend his limited time left just for you and your kids, not for someone or something else. My friends shouldn’t demand his attention for me. So do I.
You said, hidup kita hanya kita yang tahu. Orang sekeliling tak ambil kisah dan tak peduli. Masing-masing struggle untuk hidup. Yeah…I definitely agree with you. I just wanna say, bukan semua orang tak ambil kisah dan tak peduli kesusahan hidup orang lain. Apa yang sering berlaku, we forgot to appreciate this few who cares. Finally, I won’t break this silence of yours or venture beyond your comfort zone. No worries, I will take care of myself as you want me to.
Thursday, March 27, 2014
Public Figure?
Blur sekejap apabila terima SMS si polan bertanya kenapa aku
tak ambil polisi daripada dot dot dot. Eh! Sejak bila aku jadi public figure sampai
itu pun orang ambil tahu? Kemudian baru teringat, ini mesti gara-gara gambar yang
hayatnya tak sampai 1 jam di dinding FB aku tadi. Nampak sangat si polan tak ada
kerja duk teropong dinding FB orang. Agaknya dia ni anak murid tok bomoh
teropong tu kot...hahaha :D Berselirat otak aku fikirkan sumber mana jadi rujukan dia tentang
dot dot dot sudah teroka dunia baru. CNN? Fox News? Media tempatan yang senget sebelah? Ataupun daripada pemberita
tak bergaji yang selalu labelkan aku jahat tahap petala kelapan.
Aku iyakan saja apabila orang kata aku jahat. Dah terbukti kan?
Sudah terang lagi bersuluh. Jadi tidak ada guna untuk menidakkannya. Semua
orang tahu aku dah dibuang. Bukan senyap-senyap tapi secara terbuka. Insiden
demi insiden berlaku yang sahih menunjukkan memang aku bukan sengaja
dipinggirkan. Tak cukup dengan itu, desas-desus tersebar aku tak disenangi oleh
dot dot dot kuasa dua justeru aku perlu disingkirkan untuk menjaga hatinya. Adakah
ketidaksenangan itu datangnya dari mulutnya sendiri, aku pun tak pasti. Tak ada
angin masakan pokok bergoyang. Nampaknya banyak tangan yang menggoncang pokok
walaupun tak ada angin.
Oh, ya! Sudah terima berita terkini? Kalau belum, ini beritanya.
Secara tidak rasmi aku bukan lagi ahli dalam perniagaan yang si polan katakan memeras
keringat orang bawahan. Secara rasminya bila? Boleh diteropong atau kalau mahu
tanyalah kepada dot dot dot untuk mendapatkan jawapannya. Analoginya, cerita
aku dengan mereka sudah tamat seperti tamatnya kisah MH370 yang perjalanannya
berakhir di Lautan Hindi namun masih diselubungi misteri dan spekulasi. Usaha
mencari dan menyelamat diteruskan dalam gelora yang menggila. Ramai yang masih
menaruh harapan semoga ada pengakhiran yang baik dan menggembirakan. Untuk aku,
gelora itu terlalu ampuh. Tidak ada yang tega untuk menyelamatkan lalu aku
dibiarkan hanyut dan lemas perlahan-lahan. Semuanya akan bersemadi. Jauh di sudut
hati, aku tidak mengharapkan perjalanan aku berakhir sebegini. Namun apalah
dayaku untuk terus bertahan apabila nakhoda dengan rela melepaskan tali.
Saturday, August 17, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)






