Monday, January 19, 2009

Adakah Kau Tahu?

Apa yang kau hadiahkan
Tak perlu kau fikirkan
Kerana apa yang aku fikirkan
Bukan hadiah yang kau hulurkan

Kecuali sejalur ingatan
Kenapa tiba-tiba saja
Kau memerlukan aku
Sesudah kau tempatkan aku
Di sebuah taman penuh bunga
Namun berpagar dan berkeliaran ular

Adakah kau tahu?
(dengan suara terpasung
sukmaku tetap melambung)

Apa yang aku fikirkan
Tak pernah kau hiraukan
Apa yang kau hiraukan
Tak pernah putus kufikirkan

(dengan hak terpancung
fikirku tetap menggunung)

Apa yang kau fikirkan
Tak perlu kau fikirkan
Kerana aku tahu
Tak pernah tangan kananmu
Menghulurkannya

Adakah kau tahu?

No comments: