Thursday, August 21, 2008

Pilihan Hidup


Kadang kala kita bingung, kita rasa keliru, apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup. Apa sebenarnya jalan yang kita mahukan dalam hidup. Kita mahu kehidupan yang macam mana... Kadang-kadang kita tak tahu nak pilih. Semalam seorang teman yang jauh, membicarakan pada aku betapa sukarnya untuk buat pilihan dalam hidupnya. Aku cakap, memanglah sukar kerana hidup ini sebenarnya sebuah pilihan. Apa yang kita pilih hari ini adalah lakaran untuk hari esok. Masa depan akan terbentuk dengan pilihan yang kita buat pada hari ini.