Tuesday, July 26, 2011

...


Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan kuberbicara
Agar bisa pulih semua
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, July 23, 2011

Anak Abah


Sudah lama aku melupakan ANAK ABAH. Hari ini nama itu disebut-sebut lagi sehingga hatiku libang-libu dan tidak keruan jadinya. Walaupun ANAK ABAH yang dimaksudkan itu bukan orang yang sama, namun nama itu memberi kesan yang cukup mendalam. Biarlah mereka mengatakan aku sensitif, emosional waima sakit jiwa sekalipun tetapi hanya aku yang melalui dan hanya aku yang merasa penangan ANAK ABAH. Aku pun tidak tahu apa kaitannya ANAK ABAH yang disebut-sebut itu dengan diriku dan tidak perlulah terus menyakitkan hati ini dengan mencurahkan garam pada luka yang sedia berdarah. Untuk apa bertanya kenapa aku  dipinggirkan dan tidak dilayan seperti orang lain. Untuk apa bertanya kenapa aku tidak pernah mendapat tempat yang setara dengan orang lain. Aku sedar siapa diri ini. Jadi, cukup-cukuplah mendera perasaan aku yang hampir luluh ini. Siapapun gerangan ANAK ABAH akan terus kekal istimewa sebagai ANAK ABAH. Usah dirisaukan tentang aku yang sampai bila-bila pun tak mungkin ada ruang dan peluang sebegitu. Sejak dulu lagi aku tahu, aku tidak berhak dan tidak harus mempertikaikan tindak tanduk mereka yang bernama ANAK ABAH dan ANAK-ANAK EMAS meskipun harga diri aku diperkotak-katikkan. Bersusah payah aku mendidik diri ini agar mengambil tanggungjawab atas segala yang terjadi dan tidak menyalahkan sesiapa. Bersusah payah aku merawat hati ini agar memaafkan serta membuang yang keruh dan mengambil yang jernih namun hati ini masih diuji. Parut yang terluka sedikit semakin parah. Berkali-kali aku memujuk diri ini untuk tidak mengungkit apatah lagi mengaitkannya dengan cerita yang sudah lama menjadi sejarah. Rupanya tidak mudah menjaga hati ini untuk tidak terus merintih. Realiti di hadapan mata membuktikan segalanya. Betapa jijik dan kotornya diri ini. Betapa aku ini menyusahkan. Betapa aku ini menjengkelkan.  Aku sudah tidak ingin bersuara lagi jika akhirnya memakan diri sendiri. Yang mampu aku lakukan hanyalah memendamkan segalanya untuk meneruskan hidup. 
Published with Blogger-droid v1.6.7

Sunday, July 17, 2011

Dear Leader

Here are three important Leadership Reminders from us, the people you lead: 
  1. Keep your promises. You don’t have to promise things just to make us feel good. We’re more interested in being able to depend on what you promise than in feeling good. Just keep the promises you do make and we’ll trust what you say.
  2. Speak out for what you think is important. We can’t read your mind. We don’t know how you feel if we have to guess how you feel about something, we may guess wrong. Please save us the trouble. Tell us how you feel and why. We’ll respect you so much more.
  3. Do what you say you are going to do. Just let your “yes” be yes and your “no” mean no. When you tell us you’re going to do something, we should be able to “consider it done.”
Published with Blogger-droid v1.6.7

    Sunday, July 10, 2011

    Am I Asking Too Much?


    There is always something to do. There are hungry people to feed, naked people to clothe, sick people to comfort and make well. And while I don't expect you to save the world I do think it's not asking too much for you to love those with whom you sleep, share the happiness of those whom you call friend, engage those among you who are visionary and remove from your live those who offer you depression, despair and disrespect. ~Nikki Giovanni~

    Selepas treatment aku meluangkan masa dengan Hannah. Meskipun agak letih aku menggagahkan diri menemaninya sehingga Kak Sarah datang petang nanti. We had a great time together sharing about many things including The Breaking Silence, a book about cancer survivor. This is how I know about Nikki Giovanni.
    Apabila melihat Hannah, aku bersyukur kerana aku masih berupaya menguruskan diri sendiri. Aku masih mampu melakukan banyak perkara yang aku inginkan meskipun terpaksa bertarung dengan kesakitan. Mengharung hidup seorang diri kadangkala menjadikan aku seorang yang degil dan keras hati dalam sesetengah perkara. 
    Makan minum kusediakan sendiri walaupun ada masanya hanya air yang menjadi pengalas perut tatkala aku langsung tidak berupaya untuk bergerak. Siapalah yang peduli sekiranya aku berlapar sekalipun. Usahkan mahu menolong, bertanya khabar pun tidak.
    Bergerak ke sana sini juga memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Telinga ini sudah lali mendengar 'amaran' supaya tidak memandu terutamanya pada waktu malam apalagi untuk perjalanan jauh walaupun pada waktu siang. Namun, aku nekad mengambil risiko, Bagaimana aku mahu hidup jika berterusan bergantung kepada orang lain. Walaupun ada yang memahami tetapi mereka juga ada batasnya untuk membantu.
    Di sebalik sikap degil dan keras hati ini, sesungguhnya aku seorang yang lemah. Pantang tercuit, hati akan tersentuh. Aku sedar, adat menumpang kasih perlu tahu membawa diri. Lalu luka kurawat sendiri. Rajuk kupujuk dalam diam. Berilah segala yang dimahu, meminta-minta jangan sekali.  Namun, dalam khilaf, aku meminta-minta juga. Tanpa sedar, aku juga mengharap. Akhirnya, diri sendiri yang menanggung sakitnya.
    Terlalu banyak yang perlu disimpan dalam hati. Jika diluahkan kelak ada yang salah faham. Hidup sendirian juga mengajar aku menutup hati pada perasaan yang dinamakan cinta.
    Sepanjang minggu ini, beberapa tanggungjawab perlu dilunaskan. Hujung minggu kelak, entah bagaimana percaturannya. Walau diri ini amat memerlukan pertolongan namun hati berat untuk menyatakannya. Let it be. The good old days are over. There is a reason why people don't stay where they are and who they are.
    Published with Blogger-droid v1.6.7

    Saturday, July 9, 2011

    Ada Untukmu

    Aku...berikan kasih
    Kalau itu yang kau mahu dariku
    Aku...berikan cinta
    Untuk membahagiakan harimu
    Aku...sayang dirimu
    Biarpun sampai nafasku terhenti....
    Published with Blogger-droid v1.6.7

    Wednesday, July 6, 2011

    A Game

    You can fool me.
    You can cheat me.
    You can make fun of me.
    You can take me for granted.
    You can take advantage on me.
    You can come and go whenever you want.
    But two can play at the same time and love is a game that two can play and both win.
    Published with Blogger-droid v1.6.7

    Saturday, July 2, 2011

    Hutang Budi Dibawa Mati

    If the debtor is in a difficulty, grant him time Till it is easy for him to repay. But if you remit it by way of charity, that is best for you if you only knew.

    [Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya. Dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).]
                                                                  Al-Baqarah: 280.

    Besar pahalanya jika menyedekahkan hutang. Namun ikhlaskah hati ini untuk bersedekah jika mengetahui bahawa si penghutang sebenarnya mampu untuk melunaskannya tetapi berlengah-lengah dan mengutamakan kehendak serta keperluan diri sendiri.

    Tegakah hati melihat si penghutang menghamburkan wang untuk membeli kereta dan aksesori, membeli telefon bimbit baharu yang serba canggih, berlibur dan berhibur serta membelanjakan wang seenaknya.

    Hampir setiap kali janji ditagih, pelbagai alasan diberikan sehingga aku sendiri yang malu untuk terus meminta-minta. Sepasang telinga ini seakan sudah lali mendengar alasan 'tiada wang' atau 'tidak cukup wang'. Mereka pinta aku mengerti kesulitan yang dialami namun tiada langsung usaha mereka untuk mengada dan mencukupkannya. Sekadar cakap-cakap kosong yang tiada konotasinya.

    Apakah mereka fikir aku hidup dengan wang yang turun dari langit? Apakah mereka fikir aku sebatang kara yang boleh saja hidup seadanya?

    Tidakkah mereka fikir, ada insan lain yang lebih memerlukan...