Monday, March 23, 2009

Tuesday, March 17, 2009

I Choose...

To live well or live hell. I choose...

Monday, March 16, 2009

Lumrah & Fitrah

Lain perasaannya apabila mencurah hati pada laman bisu yang langsung tak terusik dengan apa yang diluahkan, jika dibandingkan dengan mencurahkan hati pada manusia lain yang berperasaan dan memberi perhatian pada apa yang diluahkan.
Lumrah. Fitrah. Semua orang mahu didengari. Semua orang mahu berkongsi perasaan baik gembira atau duka selagi diri masih bernama manusia. Cuma kadang-kadang keadaan yang menidakkan atau ego yang membelenggu diri.
Pernah suatu ketika aku serik untuk meluahkan rasa. Aku terluka. Tak ada yang kisah dan tak ada yang faham apa yang aku inginkan dalam hidup aku, interest aku, strength aku. Dan kadang-kadang ada masanya aku fed up dengan hidup keliling aku, fed up dengan expectation orang pada aku, fed up dengan keadaan dan orang keliling yang tak pernah faham aku ni manusia yang macam mana. Tapi akhirnya aku sedar, this is life. Not many really care, anyway.
Yang penting untuk aku fikirkan ialah diri aku bukan mereka. Bersangka baiklah pada semua dan terimalah mereka seadanya. Fikirkan sumbangan aku untuk manusia lain dan untuk dunia ini. Biarlah tiada sesiapa mendengar luahan aku tetapi paling tidak aku masih boleh meminjamkan telinga ini untuk mendengar dan menghulurkan bahu ini untuk mereka bersandar.

Thursday, March 5, 2009

Perlukah Aku Berterima Kasih?

Seharusnya aku berterima kasih kepada mereka yang mengambil berat (dan menyayangi?) aku. Tapi kalau beginilah caranya, perlukah aku berterima kasih? Kenapa perlu mencari silap dan menyalahkan orang lain? Kenapa perlu menyakitkan hati orang lain? Kenapa perlu menimbulkan salah faham? Dan kenapa perlu mengungkit cerita luka yang mahu dilupakan?
Aku seakan dibawa kembali kepada situasi suatu masa dulu. Banyak bezanya tapi ada sesuatu yang seolah berulang. Aku tetap merasakan sakitnya meskipun aku tidak berada di tempat yang sama. Walaupun lukanya tidak sedalam dulu namun dengan keadaan aku ini, sakitnya bisa mengganggu ketenangan dan melunturkan kekuatan. Seperti dulu aku hanya mampu menangis. Paling tidak aku hanya mampu berjanji untuk memastikannya tidak berterusan. Aku bertanggungjawab menghentikannya.
Aku perlu meyakinkan mereka bahawa aku tak perlu dikasihani. Aku tidak meminta simpati. Mereka harus faham, aku meluahkan perasaan di alam maya ini bukan untuk menyalahkan sesiapa. Aku bercerita di ruang bisu ini bukan kerana aku mahu menghukum sesiapa. Aku perlu telinga untuk mendengar dan inilah telinga yang mendengar tanpa bersuara, tanpa justifikasi. Seandainya apa yang aku lakukan ini satu kesalahan, adakah mereka mahu aku menghentikannya dan mereka mahu aku jadi gila kerana memendam perasaan? Sekiranya mereka mahu mendengar, mampukah mereka pastikan segala yang mereka dengar tidak akan tersebar menjadi fitnah?
Aku sedar mungkin luahan hati aku selama ini membuatkan dia terluka dan menjauhkan diri.
Dia yang aku sayang.
Dia insan paling penting dalam hidup aku.
Dia yang aku hormati sebagai seorang abang.
Dia yang selama ini banyak menyokong dan memberi kekuatan kepada aku.
Dia yang hanya mendengar apa yang mahu didengar tetapi aku tahu dia sebenarnya memahami.
Dia yang sering melukakan hati aku tetapi aku tahu dalam diam dia mengubatinya.
Dia yang seolah tak peduli tetapi aku tahu dalam dirinya penuh kasih sayang.
Dia yang sering berkeras dengan aku tetapi aku tahu di mana kelembutannya.
Dia manusia tanpa emosi tetapi ada ketikanya aku tahu rasa yang tersirat di hatinya.
Aku tahu kesilapanku dan aku tidak teragak-agak untuk memohon maaf. Cuma aku terkilan kerana kadang kala angkara orang lain menimbulkan salah faham antara aku dan dia. Salah faham yang memenatkan. Salah faham yang menjengkelkan. Salah faham yang melibatkan kepercayaan. Salah faham tentang soal hidup. Dan salah faham yang berulang kali ini membuatkan dia bertambah jauh. Aku tidak tahu lagi apa yang perlu aku lakukan melainkan diam. Tiada ruang untuk aku bersuara, kerana setiap kata-kata aku hanya mengundang sengsara. Luahan hati aku salah belaka dan aku perlu merelakan orang lain berbuat apa saja termasuk mematikan aku sebelum masanya. Inilah harga yang perlu aku bayar untuk terus berada di sini. Sakit ini sudah tak tertanggung. Dadaku seakan mahu pecah. Aku mahu berhenti menangis namun air mata ini kian mengalir laju. Aku sudah terlalu letih. Sekali lagi aku rasakan mahu tidur dan tidak mahu bangun lagi.
Ya Allah…peritnya luka ini hanya Engkau yang tahu. Tapi aku perlu meneruskan hidup untuk menunaikan tanggungjawabku terhadap-Mu dan hamba-hamba-Mu. Aku mohon kekuatan dari-Mu untuk meneruskan perjalanan ini.
Ya Allah…aku sayang dia dan mereka. Aku mohon agar Engkau tidak menjauhkan kami apalagi menumbuhkan bibit-bibit benci dalam hati kami. Aku mohon agar Engkau berikan kami hidayah agar kami sentiasa berada dalam rahmat-Mu.