Sunday, December 25, 2011

Hatiku Milikmu


Di sisimu kuterdiam
seribu bahasa
Dihatiku bergetar
sejuta rasa
Namun sukar
untukku meluahkan
kucinta padamu...

Saturday, December 24, 2011

A Life Portrait


I’m tired of trying and I’m sick of crying. Yeah…you can see I’m smiling but deep inside I’m dying.
Ketara benar, kebelakangan ini cakapnya banyak yang sinis. Masih mahu mendengar tapi dipilih-pilih. Makin berkira dengan masa yang diluangkan. Datang dan perginya sesuka hati, tidak peduli ada perasaan yang terguris. Apabila aku luahkan, yang terguris semakin terhiris. Yang salahnya tetap aku. Ada-ada saja bicaraku yang disalahtafsirkan. Tidak pernah terlintas di hati ini mahu merendah-rendahkan zaujahnya yang solehah dan berpekerti mulia meskipun aku pernah dilukakan. Lantas aku semakin sedar di mana letaknya diri ini. Tak mungkin setara sementelah aku terlalu banyak kekurangannya sebagai seorang wanita. Walau sebanyak mana kebaikan yang aku lakukan, tempatnya tetap sama. Sampai masa kelak akan dibuang dan dilupakan. Tak mengapalah, kalau itu pengakhirannya nanti. Walau kadangkala aku rasa terlalu penat untuk meneruskan kehidupan dan memberikan yang terbaik tetapi aku harus terus bersabar. Biarlah aku beralah. Biarlah aku bersuara hanya untuk perkara-perkara yang mahu didengarnya. Tuhan…. Kau peliharalah lidah ini agar tidak terlanjur berkata-kata sehingga menyakitkan hati sesiapa. Kau peliharalah hati ini agar sentiasa dilimpahi kasih sayang. Cekalkanlah hati ini dalam menerima ketentuan-Mu atas jalan yang kupilih. Berilah aku kekuatan untuk terus tabah mengharungi perjalanan ini. Perjalanan yang aku sendiri tidak pasti di mana penghujungnya.
Life is all about making one choice after another. Connect those dots and see what kind of picture emerges: a portrait of a life.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, December 21, 2011

Madu Dibalas Racun


Aku pandang langit-langit kelambu yang berwarna putih. Cantik.
Aku mengiring ke kanan. Nampak laut berbalam-balam dari tingkap yang terbuka luas. Indah.
Sayup-sayup kedengaran alunan ombak. Damai.
Cantik, indah, damai namun hati aku pusang. Teringat-ingat  bahasa kesat yang diterima melalui sistem pesanan ringkas. Hati tetap tersentuh walakin berkali-kali aku cuba memujuk diri sendiri. Kebanyakan manusia sikapnya memang begitu. Apakala mahukan sesuatu baik pertolongan mahupun sokongan, resminya elok sekali. Ibarat menanam tebu di bibir. Beria-ria mahu bertemu muka dengan alasan tidak manis menerima tanpa bertentang mata. Dapat sahaja apa yang diinginkan sikapnya lantas berubah. Jarang-jarang bertanya khabar dan akhirnya langsung hilang. Ada tak ada layanannya seperti aku ini pengemis. Cakapnya acuh tak acuh diselangi kata-kata sindiran. Sibuk sentiasa walhal untuk orang lain masanya selalu ada. Yang lebih hebat, aku dicerca dengan kata-kata yang melukakan hati tetapi apabila dalam kesusahan anak dara tua tak sedar diri inilah yang menghulurkan tangan. Si sakit jiwa yang hina inilah yang sanggup mengikat perut dan melupakan sejenak keseronokan hidup untuk memastikan kalian masih ada rumah untuk berlindung dan keperluan keluarga kalian dapat dipenuhi. Bilamana aku bersuara, aku dituduh mengungkit dan meminta balasan. Aku disuruh diam kerana itu pilihan aku. Ya… aku memilih untuk terus memberikan madu walhal aku terima racun sebagai balasannya.
Aku tidak sekali-kali mahu mengungkit apalagi meminta balasan. Namun ada masanya, aku juga perlukan pertolongan dan sokongan seperti orang lain. Lalu salahkan aku memintanya daripada mereka yang pernah aku bantu? Aku tidak berharap. Sekadar mencuba kalau-kalau nasib menyebelahi. Kadangkala yang aku minta itu bukan wang ringgit. Ketika itulah, hati sering terluka. Tidak mengapa jika kalian tidak mahu membantu tapi perlukah menggores perasaan aku dengan sikap tidak peduli kalian? Kalian sanggup berbohong. Kalian terlalu berkira dengan apa sahaja yang melibatkan aku. You take me for granted.
Kadang-kadang aku sengaja menduga. Mahu melihat siapakah yang sudi bersusah payah bersama. Nol. Dalam diam aku juga jadi pemerhati. Melihat mereka yang meneruskan kelangsungan hidup dengan menidakkan hak orang lain. Sanggup berbohong dan akhirnya terbelit dengan cerita bohongnya sendiri. Mulut mengatakan kesempitan wang tetapi masih mewah dengan kehendak yang sentiasa terisi. Masih ada wang untuk ke sana sini. Masih ada wang untuk makan di luar. Masih ada wang untuk memiliki telefon model terkini dan gajet yang canggih. Aku pandang telefon bimbit yang rasanya sudah berusia lebih 7 tahun. Banyak jasanya. Belum pernah membuat onar sehingga menyusahkan aku. Namun entah apa dosanya, sentiasa diejek-ejek kerana ketinggalan zaman.  Aku sendiri terkadang malu dengan pandangan mata yang melihat.  Tatkala orang sekeliling bergaya dengan iPhone, Android dan Blackberry, aku masih dengan model yang lama :-)
Apabila terlalu memikirkan perkara yang besar, manusia kerap lupa perkara yang kecil. Yang dianggap remeh. Yang dikatakan tidak penting.  Lupa untuk memandang ke kiri dan ke kanan kerana terlalu asyik memandang jauh ke hadapan. Lupa menghargai kerana ia selalu ada. 

Avillion, PD.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, December 19, 2011

My Best Friend, Pain.


Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, December 16, 2011

Another Journey

It's only when we truly know and understand that we have a limited time on earth -- and that we have no way of knowing when our time is up -- that we will begin to live each day to the fullest, as if it was the only one we had.

Today, another new 'pain' treatment to undergo. Gonna start my journey in a while. I'm nervous & afraid but I couldn't find anyone who wanna listen to what I feel. What else to tell me everything will be fine. Who cares to listen when they have many other things to take care of. Well, that is life, anyway.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, December 12, 2011

143

When I say, "I love you," it's not because I want you or because I can't have you. It has nothing to do with me. I love what you are, what you do, how you try. I've seen your kindness and your strength. I've seen the best and the worst of you. And I understand with perfect clarity exactly what you are.
Published with Blogger-droid v1.6.7